Doa untuk kedua ibubapa. |
Marilah kita lihat kepada diri kita, sudah seberapa besar cinta yang kita tunjukkan kepada ibu bapa?
Sudah seberapa berat pengorbanan yang kita berikan kepada mereka? Kerana banyak antara kita yang masih tidak pandai untuk menjaga hati ibu bapa kita.
Kerana kesibukan, kerana kepayahan dan kerana hidup yang semakin lama semakin mengikis rasa sayang kita kepada mereka.Kita mesti mengetahui cara untuk menjaga hati ibu bapa kita dan mempraktikkannya daripada awal. Sifat ini akan menjadi kebiasaan dan dibawa sehingga bila-bila nanti.
Pada kali ini marilah kita membicarakan bagaimana cara untuk menjaga hati bapa kita secara berkesan, seterusnya mewujukan keluarga yang bahagia dan harmoni.
1. Sentiasa Hormat Dalam Apa Jua Emosi
Bersikap hormat dalam keadaan apa jua emosi sekali pun. Mungkin kita pernah marah, pernah kecewa, tetapi perasaan itu sebaik-baiknya tidak mengurangkan rasa hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita. Tetap tenang dan tidak bijak menjaga emosi dengan baik.
2. Jangan membantah apabila ada pendapat yang berbeza.
Pendapat perlu disampaikan dengan cara yang halus dan sopan, bukan dengan keras. Beza generasi, beza usia, beza pengalaman membuatkan ruang perbezaan semakin luas. Jangan bersikap kasar dengan mengeluarkan perkataan yang tidak sopan. Tetaplah menjaga etika dengan mereka.
3. Jangan Meninggi Suara
Bagaimana sekalipun perasaan kita pada masa itu, jangan berteriak, membentak, bersuara dan bernada keras dalam berbicara dengan ibu bapa. Ya, memang sangat susah mengendalikan emosi ketika marah, tetapi cubalah lakukan dengan baik. Insyaallah, semuanya dapat diatasi dengan baik.
4. Menjaga Hati Ibu Bapa Dengan Selalu Meminta Izin
Meminta izin dan mencium tangan ibu bapa sebelum pergi atau selepas pulang. Kita menerapkan hal ini berdasarkan apa yang ibu bapa kita ajarkan sewaktu kita masih kecil dahulu. Kita pasti dapat merasakan kesan positif hasil tabiat ini.
5. Jangan Pernah Memarahi
Jangan sesekali memarahi ibu bapa walaupun ada yang kita rasakan tidak betul pada mereka. Teguran mesti disampaikan secara sopan. Mengapa perkara ini disampaikan berulang kali? Kerana ia sangat penting untuk kita jaga. Jangan sesekali membentak mereka meskipun mereka di pihak yang salah.
6. Jangan Berleter Kepada Ibu Bapa
Jangan mengajari, menasihati atau memberi ceramah kepada ibu bapa. Apabila mahu memberi pandangan atau ibu bapa meminta pendapat kita, perlulah memberikan dengan sopan dan berhikmah. Mungkin banyak perbezaan pandangan, pendapat, pengetahuan dalam banyak perkara yang tidak mungkin pernah sama. Tetapi mereka berhak bagi mendapatkana cinta dan sayang dari kita.
7. Jangan Menyampuk Perbicaraan
Jangan sekali-kali menyampuk perbicaraan ibu bapa. Ini etika asas yang mesti difahami secara betul. Jika etika ini kita terus lakukan hingga dewasa, ini akan menjadi nilai yang baik. Kita tahu bila sepatutnya bercakap dan bila kita perlu memerhatikan dengan baik.
Kebolehan mendengar dan memerhati dengan baik jarang dimiliki oleh kebanyakkan orang. Sebahagian besar hanya pandai dalam hal percakapan, tetapi cukup runsing apabila perlu mendengar dengan baik percakapan orang lain.
8. Menjaga Hati Ibu Bapa dengan mendahulukan mereka
Tatacara lain adalah sikap sehari-hari iaitu mengutamakan atau mendahulukan ibu bapa dalam segala aktiviti seperti memberikan tempat duduk, memulakan makan minum dan sebagainya. Akhlak ini jarang kita dapati pada jiwa anak muda hari ini.
9. Jangan Sesekali menyentuh kepala Ibu Bapa
Jangan sesekali menyentuh kepala ibu bapa apabila sedang berhadapan atau berkomunikasi kecuali untuk tindakan tertentu seperti memotong rambut.
10. Menjaga Hati Ibu Bapa Bila Berhadapan dengan mereka
Apabila berhadapan dan berbicara dengan ibu bapa mesti bersikap sopan, tidak bercekak pinggang, tidak melutut, tidak bersuara keras dan membentak.
11. Membantu Tanpa Diminta
Apabila melihat ibu bapa dalam kesusahan seperti mengangkat beban berat dan mengerjakan pekerjaan berat lain, tanpa diminta kita sepatutnya segera membantu.
***
Apa yang tercatit diatas adalah 11 langkah mudah dan berkesan untuk menjaga hati ibu bapa kita. Ia hendaklah dipraktikal dan rasailah perubahan hubungan kita dengan ibu bapa, mudah-mudahan dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kita dengan ibu bapa.
Sebarang penambahan dan komen sangat dialukan. Nak print artikel ini pun boleh. Semoga bermanfaat =)
cc : akuislam.com
cc : akuislam.com
No comments:
Post a Comment