Tuesday, March 11, 2014

Menghayati erti rezeki Allah

Saya ingin memberikan tazkirah untuk diri sendiri dan juga mungkin boleh diambil manfaat oleh pembaca. Ia berkaitan perkara yang asas dalam kehidupan kita, iaitu tentang rezeki ataupun dalam bahasa Arab disebut al-Rizq.
  
Perkataan al-Rizq atau Melayu sebut rezeki bermaksud pemberian ataupun kurniaan sama ada bersifat duniawi ataupun agama. Segala yang boleh dimanfaatkan, samada yang boleh dimakan ataupun tidak boleh dimakan maka itu rezeki. (al-Kulliyyat, Abu al-Baqa al-Kafawi, Muassasah al-Risalah).
  
Ertinya segala yang kita miliki dari perkara yang bermanfaat ataupun memberikan kebaikan buat kita sama ada di sudut keperluan dunia semata ataupun untuk agama maka itu adalah kurniaan ataupun rezeki.

Rezeki bukan sahaja minuman, makanan, harta, kenderaan dan segala rupa bentuk kebendaan semata, rezeki juga ilmu pengetahuan, kasih sayang, kebahagiaan, anak, isteri, kesihatan, keselamatan, kegembiraan dan seumpamanya.

Dalam hadis riwayat Muslim, Nabi Muhammad SAW menyebut tentang Khadijah: “Aku telah direzekikan cintanya."

Lupa Diri
  
Dalam keghairahan insan mencari kurniaan dalam kehidupan dari segi harta, pasangan, kegembiraan, kebahagiaan dan segalanya kadang-kala mereka melupai sumber rezeki yang asal iaitu Allah SWT. Sehingga seseorang seakan terasa dengan kemampuan dan kebijaksanaannya dia mampu mengaut rezeki untuk dirinya.
  
Demikian tidak kurang pula ada yang apabila berpeluang memberikan kelebihan yang dia miliki kepada orang lain menganggap seakan dialah punca rezeki yang telah dia dapat dengan kebijaksanaan dan kekuataan yang dia ada.

Ini persis seperti Qarun yang dimusnahkan oleh Allah dalam firmannya yang bermaksud:

"Qarun berkata: "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan kepandaian yang ada padaku". Tidakkah dia (Qarun) mengetahui bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, umat-umat Yang telah lalu, mereka itu yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya). Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada saat itu) berkatalah orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: "Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya Dia adalah seorang yang bernasib baik". Dan berkata pula orang yang diberi ilmu (di antara mereka): "Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerimanya melainkan mereka yang sabar." (Surah al-Qasas: 78-80)

Al-Razzaq
  
Agar manusia ingat, Allah menamakan diri-Nya al-Razzaq (dibaca ar-Razzaq). Ini merupakan salah satu dari nama-nama Allah yang indah. Al-Razzaq bermaksud maha pemberi rezeki. Dia memberikan kepada sesiapa sahaja yang Dia pilih. Dia juga yang menetapkan kadar pemberian menurut yang Dia kehendaki. Tiada satu makhluk pun yang wujud melainkan Allah pemberi rezekinya.
  
Allah menentukan kadar rezeki dengan kehendak-Nya yang sebahagian dari kehendak-Nya itu dikaitkan dengan peraturan alam yang Dia tetapkan. Sesiapa yang keluar mencari rezeki dengan memenuhi percaturan alam ini, maka Dia membuka jalan rezeki untuk hamba itu. Sesiapa yang tidak berusaha, maka tiada rezeki untuknya.

Pun begitu Allah boleh melakukan dengan kehendak-Nya luar dari kebiasaan percaturan alam. Maka tidak mustahil ada yang memenuhi peraturan alam tidak mendapat rezeki sementara yang tidak berusaha tiba-tiba hadir untuknya rezeki tertentu. Kuasa Allah merentasi segalanya.

Pelbagai Rezeki
  
Jenis-jenis rezeki yang Allah kurniakan juga berbeza antara satu sama lain. Ada yang diberikan harta, tidak berikan zuriat. Ada yang diberikan harta dan zuriat, tidak diberikan kebahagiaan ataupun ketenangan dalam hidup.

Ada yang diberikan kesihatan, tidak diberikan harta. Ada yang diberikan harta, tidak diberikan kasih sayang. Ada yang diberikan ilmu, tidak diberikan harta. Ada yang diberikan harta, tidak diberikan penghormatan dan maruah. Ada diberikan penghormatan, tidak diberikan harta. Begitulah seterusnya.
  
Maka jangan hairan jika si miskin tidur lena dalam rumah buruknya, si kaya pula kegelisahan dalam banglo mewahya. Jangan hairan, jika rakyat bawahan makan dengan sedapnya, sementara raja dan menteri hilang seleranya. Jangan hairan jika ilmuwan lebih dihormati dari menteri.

Rezeki itu pelbagai, yang dikurniakan makanan, belum tentu dikurniakan selera. Maka, janganlah kita melihat rezeki itu hanya pada satu sudut semata sehingga kita merasa rezeki kita kurang dalam semua sudut dibandingkan orang lain.
  
Ini seperti cerita seorang miskin yang datang mengadu kepada seorang ilmuwan bahawa Tuhan tidak merezekikan dia apa-apa. Lalu ilmuwan itu bertanya: “Mahukah engkau menjual tanganmu dengan harta seratus ribu?

Dia menjawab: “Tidak”. Ditanya lagi, “Mahukah engkau menjual pendengaranmu dengan harta seratus ribu?”. Jawabnya: “Tidak”. Kemudian ditanya mata, kaki dan seterusnya. Akhirnya, kata ilmuwan itu menghitung segalanya dan berkata: “Engkau sebenarnya mempunyai aset yang berjuta harganya. Tunaikanlah kesyukuran kepada tuhanmu.”

Dua jenis rezeki
  
Rezeki Allah itu terbahagi kepada dua jenis, satu rezeki yang umum dan satu lagi rezeki yang khas. Rezeki umum diberikan kepada sesiapa sahaja dalam kalangan hamba-hamba-Nya. Sama ada muslim, bukan muslim, manusia, haiwan, yang baik, yang jahat dan seterusnya.

Pada asasnya sesiapa yang berusaha, mengikuti percaturan alam yang telah Allah tetapkan akan memperolehi rezeki. Seorang muslim yang tidur di rumahnya tidak akan memperolehi ikan dari laut, sebaliknya seorang bukan muslim yang turun ke laut dengan kelengkapan dan ilmu tentang penangkapan ikan akan memperolehinya.

Demikian, sayur-sayuran tidak akan tumbuh hanya kerana seseorang itu bersolat tanpa usaha, tetapi yang berusaha menanam walaupun tidak bersolat akan tumbuh sayurannya. Di samping alam itu sendiri mempunyai pelbagai percaturan yang lain - hujan, panas, ribut, musuh, kawan dan pelbagai lagi.

Segala usaha untuk mendapatkan rezeki hanya akan terhasil jika Allah izinkan. Sama ada yang Dia izinkan itu, Dia redha ataupun tidak, itu persoalan yang lain.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah suatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya.” (Surah Hud, ayat 6)
  
Rezeki bahagian kedua ialah rezeki khusus untuk hamba-hamba-Nya yang terpilih. Allah rezekikan iman, kebahagiaan jiwa, hikmah, ketenangan roh dan seumpamanya. Ini semua tidak diperolehi dengan usaha kebendaan, tetapi dengan kurniaan Allah. Dia maha mengetahui siapakah hamba-hamba-Nya yang layak dikurniakan itu semua.
  
Maka, jangan hairan jika Nabi Musa lebih bahagia dari Firaun yang berkuasa dan memburunya. Jangan hairan jika Firaun itu lebih derita jiwa dari kesakitan golongan yang dia tindas. Demikian juga segala golongan yang zalim yang menindas golongan yang soleh.
  
Jangan sangka orang yang penuh bangga dengan kekayaan hartanya lebih menikmati kemanisan dan keindahan hidup dibandingkan hamba Allah yang tidak berharta tetapi sentiasa sujud penuh syukur kepada-Nya.

Berusaha
  
Agama tidak menyuruh kita duduk saja tanpa berusaha mencari rezeki. Tiada dalam Islam bertawakkal tanpa berusaha. Nabi SAW menyebut:

“Jika kamu bertawakkal kepada Allah benar-benar tawakkal nescaya Allah merezekikan kamu seperti Dia merezekikan burung. Burung keluar pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang dalam keadaan kenyang.” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dll, sahih)
  
Ada pihak cuba gunakan hadis ini untuk tidak berusaha atas alasan Allah akan berikan rezeki seperti burung. Itu fahaman yang salah. Hadis ini menceritakan bahawa selepas benar-benar tawakkal, seseorang hendaklah seperti burung yang keluar dari sarangnya pada awal pagi mencari rezeki dan akhirnya pulang kekenyangan.

Burung tidak tidur dalam sarangnya tanpa usaha. Demikianlah muslim dengan rezekinya. Alam ini ada peraturan dan percaturan, seseorang hendaklah berusaha. Usaha itu adalah ibadah.

Qana’ah
  
Usaha berjalan dengan jiwa yang syukur dan qana’ah. Qana’ah bererti akur dengan apa yang diperolehi dari kurniaan Allah. Jiwa pun menjadi lapang dan tenang. Fikiran tidak hanya tertumpu kepada persoalan rezeki yang lihat semata, juga yang tidak dilihat oleh mata seperti ilmu, bahagia, cinta, kasih dan tenang.

Bukan dalam bentuk kebendaan semata, juga dalam bentuk yang lain seperti anak-anak, sahabat, kesihatan, keamanan dan seumpamanya. Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang berpagi dalam keadaan aman pada dirinya, sejahtera jasadnya, baginya makanan hariannya maka seakan dihimpunkan untuk dunia.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dll, hadis hasan)
  
Demikian insan menilai kehidupan dengan penuh kesyukuran. Bukan menolak yang tiada tetapi bersyukur dengan apa yang dikurniakan.

Wednesday, February 19, 2014

11 cara jaga hati mak ayah

Doa untuk kedua ibubapa.

Marilah kita lihat kepada diri kita, sudah seberapa besar cinta yang kita tunjukkan kepada ibu bapa?

Sudah seberapa berat pengorbanan yang kita berikan kepada mereka? Kerana banyak antara kita yang masih tidak pandai untuk menjaga hati ibu bapa kita.
Kerana kesibukan, kerana kepayahan dan kerana hidup yang semakin lama semakin mengikis rasa sayang kita kepada mereka.Kita mesti mengetahui cara untuk menjaga hati ibu bapa kita dan mempraktikkannya daripada awal. Sifat ini akan menjadi kebiasaan dan dibawa sehingga bila-bila nanti.
Pada kali ini marilah kita membicarakan bagaimana cara untuk menjaga hati bapa kita secara berkesan, seterusnya mewujukan keluarga yang bahagia dan harmoni.

1. Sentiasa Hormat Dalam Apa Jua Emosi

Bersikap hormat dalam keadaan apa jua emosi sekali pun. Mungkin kita pernah marah, pernah kecewa, tetapi perasaan itu sebaik-baiknya tidak mengurangkan rasa hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita. Tetap tenang dan tidak bijak menjaga emosi dengan baik.

2. Jangan membantah apabila ada pendapat yang berbeza.

Pendapat perlu disampaikan dengan cara yang halus dan sopan, bukan dengan keras. Beza generasi, beza usia, beza pengalaman membuatkan ruang perbezaan semakin luas. Jangan bersikap kasar dengan mengeluarkan perkataan yang tidak sopan. Tetaplah menjaga etika dengan mereka.

3. Jangan Meninggi Suara

Bagaimana sekalipun perasaan kita pada masa itu, jangan berteriak, membentak, bersuara dan bernada keras dalam berbicara dengan ibu bapa. Ya, memang sangat susah mengendalikan emosi ketika marah, tetapi cubalah lakukan dengan baik. Insyaallah, semuanya dapat diatasi dengan baik.

4. Menjaga Hati Ibu Bapa Dengan Selalu Meminta Izin

Meminta izin dan mencium tangan ibu bapa sebelum pergi atau selepas pulang. Kita menerapkan hal ini berdasarkan apa yang ibu bapa kita ajarkan sewaktu kita masih kecil dahulu.  Kita pasti dapat merasakan kesan positif hasil tabiat ini.

5. Jangan Pernah Memarahi

Jangan sesekali memarahi ibu bapa walaupun ada yang kita rasakan tidak betul pada mereka. Teguran mesti disampaikan secara sopan. Mengapa perkara ini disampaikan berulang kali?  Kerana ia sangat penting untuk kita jaga. Jangan sesekali membentak mereka meskipun mereka di pihak yang salah.

6. Jangan Berleter Kepada Ibu Bapa

Jangan mengajari, menasihati atau memberi ceramah kepada ibu bapa. Apabila mahu memberi pandangan atau ibu bapa meminta pendapat kita, perlulah memberikan dengan sopan dan berhikmah. Mungkin banyak perbezaan pandangan, pendapat, pengetahuan dalam banyak perkara yang tidak mungkin pernah sama. Tetapi mereka berhak bagi mendapatkana cinta dan sayang dari kita.

7. Jangan Menyampuk Perbicaraan

Jangan sekali-kali menyampuk perbicaraan ibu bapa. Ini etika asas yang mesti difahami secara betul. Jika etika ini kita terus lakukan hingga dewasa, ini akan menjadi nilai yang baik. Kita tahu bila sepatutnya bercakap dan bila kita perlu memerhatikan dengan baik.
Kebolehan mendengar dan memerhati dengan baik jarang dimiliki oleh kebanyakkan orang. Sebahagian besar hanya pandai dalam hal percakapan, tetapi cukup runsing apabila perlu mendengar dengan baik percakapan orang lain.

8. Menjaga Hati Ibu Bapa dengan mendahulukan mereka

Tatacara lain adalah sikap sehari-hari iaitu mengutamakan atau mendahulukan ibu bapa dalam segala aktiviti seperti memberikan tempat duduk, memulakan makan minum dan sebagainya. Akhlak ini jarang kita dapati pada jiwa anak muda hari ini.

9. Jangan Sesekali menyentuh kepala Ibu Bapa

Jangan sesekali menyentuh kepala ibu bapa apabila sedang berhadapan atau berkomunikasi kecuali untuk tindakan tertentu seperti memotong rambut.

10. Menjaga Hati Ibu Bapa Bila Berhadapan dengan mereka

Apabila berhadapan dan berbicara dengan ibu bapa mesti bersikap sopan, tidak bercekak pinggang, tidak melutut, tidak bersuara keras dan membentak.

11. Membantu Tanpa Diminta

Apabila melihat ibu bapa dalam kesusahan seperti mengangkat beban berat dan mengerjakan pekerjaan berat lain, tanpa diminta kita sepatutnya segera membantu.
***
Apa yang tercatit diatas adalah 11 langkah mudah dan berkesan untuk menjaga hati ibu bapa kita. Ia hendaklah dipraktikal dan rasailah perubahan hubungan kita dengan ibu bapa, mudah-mudahan dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kita dengan ibu bapa.
Sebarang penambahan dan komen sangat dialukan. Nak print artikel ini pun boleh. Semoga bermanfaat =)
cc : akuislam.com

Thursday, February 13, 2014

7 ‘senjata sulit’ isteri untuk suami


Rambut
Rambut umpama mahkota kepada kaum wanita, ia juga sebenarnya boleh dijadikan sumber tarikan tersendiri sebagai daya pemikat isteri yang asli. Rambut isteri yang ikal mayang, bersih, berkilat dan berbau harum adalah sumber pemikat utama kepada suami. Rambut yang berbau harum dengan haruman syampu yang digunakan akan menyebabkan suami suka membelai.
Mata
Tuhan menganugerahkan mata yang bersinar kepada isteri. Tidak semestinya mata itu bulat, bundar, sepet atau kuyu. Mata sebenarnya boleh memuntahkan inspirasi cinta dan cerita. Pandangan mata juga boleh memberikan 1001 perasaan yang tidak dapat digambarkan. Suami boleh jadi ‘cair’ dengan pandangan isteri. Renungan isteri yang mendalam dan menggetarkan jiwa si suami boleh menyebabkan golongan Adam ini akan kehilangan ungkapan untuk ditafsirkan, bak kata, ”sayang, saya rasa seolah-olah melayang ketika melihat ke dalam matamu.”
Kulit
Kulit adalah satu anugerah kepada wanita. Permukaannya yang licin, lembut, gebu dan bersih serta mulus adalah menjadi dambaan setiap suami ingin menyentuhnya. Justeru, jaga kulit badan anda agar sentiasa bersih agar ia rasa selesa apabila disentuh suami.
Tulang selangka dan lengkung leher
Daerah ini amat menjadi perhatian kepada suami apatah lagi menjadi tempat yang paling mulus untuk menjadi tempat singgahan ciuman suami dan ia juga sebenarnya daya penarik semua wanita.
Sekitar pusat
Bayangkan bahagian di sekitar pusat anda juga sebenarnya menjadi satu tempat yang amat memberangsangkan suami. Cuma di sini tentulah perlu selalu dijaga kebersihannya dan pusat anda akan lebih indah sekiranya anda kekal ‘langsing’ dengan pinggang terbentuk.
Lentuk liuk tubuh
Ini bukan satu perkara yang dibuat-buat. Lentuk liuk tubuh isteri yang manja ketika bersama suami sebenarnya adalah satu daya penarik yang boleh menggoda si suami. Ini termasuklah cara kita melenggang ketika berjalan, potongan punggung, saiz belakang badan dan sebagainya. Bersyukurlah, tubuh kita sebagai isteri ada segalanya untuk menghangatkan bibit-bibit kemesraan bersama suami.
Payu dara
Ops, ini kalau tidak diterangkan pun semua orang tahu. Secara fizikalnya, tidak kiralah apa saiznya, sama ada kecil atau besar pihak suami pasti suka melihat di bahagian ini. Bukan sekadar melihat, suami juga sebenarnya suka menyentuhnya untuk berbuat apa sahaja kerana sebenarnya pada fikiran mereka, ini juga sesuatu yang menjadi hak ‘milik’ mereka.
Credit to : UTUSAN

30 rahsia pikat suami anda

30 rahsia pikat suami anda


1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi anda.

2. Apabila suami pulang dari kerja sambutlah dia dan layani beliau sebelum melakukan kerja-kerja yang lain

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan Memikat Suami/Lelaki sepanjang hari. ( jika Memikat Suami/Lelaki dalam mood yang sesuai)

4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.

5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah Memikat Suami/Lelaki. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

6. Ruangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada Memikat Suami/Lelaki.

7. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh Memikat Suami/Lelaki dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

8. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran Memikat Suami/Lelaki )sekali-sekala.

9. Beri pujian terhadap penampilan Memikat Suami/Lelaki – rambut, wajah, pakaian,kacak,kesederhanaan dan seumpamanya

10. Cepat-cepat pujuk bila Memikat Suami/Lelaki marah atau berkecil hati.

11. Minta bantuan Memikat Suami/Lelaki hanya jika sesuai–sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

12. Elakkan Memikat Suami/Lelaki dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

13. Bila Memikat Suami/Lelaki memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. ( Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

14. Bila Memikat Suami/Lelaki meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. (Sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian )

15. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada Memikat Suami/Lelaki sekurang -kurangnya 2 kali sehari.

16. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu Memikat Suami/Lelaki apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan Memikat Suami/Lelaki.

17. Bila Memikat Suami/Lelaki bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

18. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh Memikat Suami/Lelaki, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat Memikat Suami/Lelaki terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

19. Tanya Memikat Suami/Lelaki bila dia ingin berehat atau tidur.

20. Peluk Memikat Suami/Lelaki dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

21. Telefon Memikat Suami/Lelaki di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila Memikat Suami/Lelaki menggalakkannya.

22. Jika Memikat Suami/Lelaki perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.

23. Jangan ganggu Memikat Suami/Lelaki ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

24. Jika Memikat Suami/Lelaki marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam ( walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

25. Bila meminta bantuan Memikat Suami/Lelaki :- 

* terangkan pada Memikat Suami/Lelaki dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. 
* Beri pilihan kerja yang disukainya. 
* jangan menyuruh-nyuruh 
* gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.

26. Pesan ke Memikat Suami/Lelaki untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

27. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama walaupun Memikat Suami/Lelaki berbau busuk, diamkan saja dan terima dengan hati yang sabar.

28. Sokong pendapat Memikat Suami/Lelaki kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

29. Peluk dan belai Memikat Suami/Lelaki sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

30. Sentiasalah lafaz 3 kata "I LOVE YOU"

Romantik itu sunnah Nabi

Romantik itu sunnah Nabi
 

Credit to : www.iluvislam.com

Sebut saja romantik, anak muda mula tertarik hati… mungkin yang diketahui romantik sesama ‘couple’ …No..No..No.. ini romantik sesama pasangan suami isteri.. apa lagi… jom ramai-ramai kita pakat kahwin. Isy..Isy.. best oo kahwin… kalau tak percaya..cubalah kahwin.. hehehe..

Rasulullah Sollahhu ‘Alaihi Wasallam (SAW) adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat ke-4 yang bermaksud : “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.”
Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menempatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda.
Isteri Sebagai Bukti
Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.
Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah-olah sedang menghayati novel cinta romantik.
Mandi Bersama
Diberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa  Aisyah berkata bahawa : ”Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.
Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.
Hantar Isteri Keluar Rumah
Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata :
“Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu).” [Hadis Bukhari dan Muslim]
Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta.”
Bukakan Pintu Kereta
Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.
Bawa Isteri Jalan-Jalan
Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa ”Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.”
Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim)
Suapkan Makanan
Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?
Belaian & Bermanja
Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa :
“Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian.”
Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa “Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid.”
Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata ”Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku.”
Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa :
“Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW”. (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.
Pengubat Hati 
Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa :
“Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.” (Bukhari dan Muslim)
Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.
Bergurau Senda
Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) ke rumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk di antara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata :
“(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu.”
Saodah menolak dengan berkata : “Aku tidak akan memakannya.”
Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya)
Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.
Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan.
Panggilan Manja
Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Ia membuatkan ikatan itu lebih intim.
Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.
Jangan Malu Jadi Romantik
Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan.
Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.
Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.
Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami; adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet?
Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.

Mengapa susu ibu sangatlah terbaik?

Mengapa susu ibu sangatlah terbaik?

Benar, susu ibu atau susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi anda. Tanyalah mana-mana pakar kesihatan dan mereka akan mengatakan bahawa cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi baru lahir ialah dengan menyusukan bayi anda. Bayi yang diberi susu badan sejak lahir kurang berkemungkinan jatuh sakit dalam tahun pertamanya. Memberi bayi susu badan dapat membantunya mengelakkan penyakit seperti:
  • gastroenteritis;
  • pneumonia dan bronkolitis;
  • jangkitan salur kencing;
  • ekzema;
  • jangkitan telinga.
Susu ibu juga dapat mengekalkan kesihatan bayi untuk jangka masa panjang. Satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang diberi susu badan ketika bayi mempunyai tekanan darah yang lebih rendah, kadar kolesterol lebih rendah dan kurang berkemungkinan menghidap penyakit diabetes jenis 2 apabila dewasa berbanding mereka yang diberi susu formula.

Namun faedahnya bukan terhad kepada bayi sahaja. Menyusu badan juga baik untuk anda. Ia dapat mengurangkan risiko menghidap kanser payu dara sebelum menopaus (putus haid). Ia juga membantu melindungi anda daripada kanser ovari dan osteoporosis (tulang lemah) ketika lanjut usia.

Organisasi Kesihatan Dunia dan Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan supaya bayi diberi susu badan sahaja selama enam bulan yang pertama. Mereka juga menasihatkan para ibu supaya meneruskan penyusuan badan setelah bayi mula makan makanan pejal, sehingga usia bayi satu tahun atau lebih, jika boleh.

Susu ibu merupakan sumber makanan yang lengkap; ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi anda. Ia mengandungi sekurang-kurangnya 400 jenis nutrien termasuk hormon dan bahan melawan penyakit yang tidak terdapat dalam susu formula. Malah, kandungan nutriennya juga berubah mengikut keperluan bayi anda semasa dia membesar. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai bagaimana badan anda menghasilkan susu badan. 

Dan selain daripada manfaat pengembangan minda dan imuniti terhadap jangkitan yang terkandung dalam susu ibu, yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana susu formula, penyusuan badan boleh membantu membina ikatan istimewa antara anda dan bayi anda. 

Tips cara belajar dengan berkesan

Tips cara belajar dengan berkesan

Suasana persekitaran juga memainkan peranan yang penting.
Kenapa anda perlu tahu cara belajar dengan berkesan? Ibarat perang tanpa strategi , anda mungkin tewas dan mungkin kehilangan rakan-rakan kerana terkorban. Begitulah dalam menuntut ilmu, masa umpama pedang. Jika kita tidak memenggalnya, nescaya ia akan memenggal lehermu.
Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.
Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.
Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.
Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.
Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.
Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.
Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah

Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.
Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah

Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.
Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.
Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri 
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji 

Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.
Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga 

Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.
Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.
Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”
Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda 
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.
Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.
Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.
Kesimpulan 
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran